Aaron, pelakon kelahiran Singapura, dikatakan telah menjalani penggambaran filem berjudul ‘Tik Tik Tik’ bersama aktor terkenal India Jayam Ravi sejak Mac.
“Vanakam.. Saya dan Super Star Tamil Jayam Ravi pada hari pertama penggambaran bersama. Nandri,” catatan beliau di Instagramnya berserta beberapa gambar diambil sewaktu penggambaran di Chennai, India.Tik Tik Tik, menandakan bunyi sebuah jam, disebut sebagai filem jelajah angkasa pertama India dan diarah oleh Shakti Soundar Rajan.
Menurut pengarah itu, selain Ravi dan Aaron, Tik Tik Tik juga dibintangi Nivetha Pethuraj dan Ramesh Thilak dalam watak utama dan iklannya dijangka ditayangkan pada Ogos.
-- BERNAMA
First Appear On Online News Malaysia
By Khabar Malaysia