Enam insentif untuk peneroka FELDA tahun ini - PM Najib

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan enam insentif  bagi peneroka FELDA bagi tahun ini.

Antaranya melibatkan pelupusan hutang bagi penanaman semula serta geran khas untuk aktiviti terbabit.

Selain itu, beliau turut mengumumkan bayaran RM5,000 bagi setiap keluarga yang layak. Lebih 94,000 keluarga layak bagi bayaran ini yang akan diberikan pada penghujung Ogos.

Perkara ini diumumkan oleh Najib ketika berucap pada majlis Sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan 2017 di Dataran Putrajaya hari ini.


First Appear On Online News Malaysia
By Khabar Malaysia

Subscribe to receive free email updates: