Juri PABM Cari Pemidato Petah,’Berisi’

KUALA LUMPUR: Kira-kira 50 orang peserta pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri tiba di Hotel RHR, Universiti Tenaga Nasional Berhad (UNITEN), Bangi pada Jumaat, bagi menghadiri sesi taklimat dan suai kenal.

Para peserta penganjuran program kali ke-11 ini berasal daripada pelbagai negara di seluruh dunia seperti Australia, Azerbaijan, China, Korea Selatan, India, Jepun, Chad, Jerman, Mesir, Ma­dagaskar, Uzbekistan dan Pa­lestin.

Kategori Alam Melayu diikuti oleh 10 orang peserta manakala ka­tegori antarabangsa (20 peserta) dan kategori pelajar antarabangsa di Malaysia (22 peserta).

Bagi kriteria perjurian tahun ini, menurut Penyelaras Teknikal dan Penghakiman PABM 2017, Dr. Mazlina Mohd. Hussain berkata, peserta pidato haruslah mementingkan isi yang dibahaskan kerana itulah yang akan menyumbangkan markah majoriti.

“Kebanyakan peserta terlalu ‘seronok’ bersyair, berpantun dan menyanyi semasa pendahuluan pidato mereka sehingga masa lima minit yang diberikan tidak cukup dan mengakibatkan mereka tidak berpeluang membahaskan isi-isi penting.”

Menurut Dr Mazlina lagi, seorang pemidato yang baik mereka perlulah sentiasa bersedia dengan ucapan masing-masing dan tidak tergagap ketika muncul di pentas memandangkan semua aspek itu diambil kira dalam permarkahan.

Untuk markah penjurian, sebanyak 40 markah diberikan untuk isi pidato selain permarkahan untuk bahasa sebanyak 35, gaya persembahan (20) dan etika (5) sepanjang tempoh pertandingan iaitu daripada 23 hingga 26 Julai.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menyempurnakan majlis perasmian pertandingan akhir PABM pada 26 Julai minggu hadapan pada jam 8 malam di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan seterusnya me­nyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi setiap ka­tegori.

Johan bagi setiap kategori akan menerima piala pusi­ngan Perdana Menteri, piala iri­ngan, wang tunai RM20,000, hadiah i­ringan dan sijil. Naib johan (setiap kategori) akan me­nerima piala iringan, wang tunai RM12,000, hadiah iri­ngan dan sijil manakala tempat ketiga (setiap kategori) akan menerima piala iringan, wang tunai RM8,000, hadiah iring­an dan sijil.-MYNEWSHUB.CC

Loading...


First Appear On Online News Malaysia
By Khabar Malaysia

Subscribe to receive free email updates: