"Kalau Jumpa Jangan Pergi Dekat, Telefon Veterinar" - Doktor Kongsi Bagaimana Rupa Anjing Yang Terkena Penyakit Rabies

Apabila kes anjing gila atau rabies menyerang Malaysia baru-baru ini, pelbagai tindakan diambil oleh kerajaan untuk mengawal wabak itu dari menyebar.

Ini menunjukkan betapa bahaya virus ini dan ia harus dihentikan dengan kadar yang segera.

Bagaimanapun, ramai yang masih belum mengetahui bagaimanakah rupa haiwan apabila diserang oleh virus tersebut.

Di Twitter, seorang doktor yang menggunakan nama Dr. Afiq Vet mendedahkan bagaimana rupa anjing apabila diserang oleh rabies dan menegaskan bahawa orang ramai perlu menelefon jabatan veterinar dengan kadar segera apabila terserempak dengan anjing tersebut.

"Bagi yang belum tahu, ini video anjing rabies. Kalau jumpa jangan pegi dekat pulak ye. Report kt jabatan veterinar." tulis Afiq bersama satu video.


Antara kesan yang ketara apabila seseekor anjing terkena rabies adalah air liurnya yang meleleh keluar disebabkan ketidak upayaan untuk air liur. Selain itu, rabies juga menyebabkan seseekor haiwan boleh berubah menjadi garang dan tidak keruan.
Perlu diingat bahawa virus ini boleh juga terkena kepada haiwan-haiwan mamalia lain termasuk kucing.

Sebelum ini, kami ada mengemukakan artikel mengenai rabies yang boleh menjangkiti kucing.

Ikuti pautan http://ift.tt/2vroGGz untuk bacaan tentang perkara tersebut.


First Appear On Online News Malaysia
By Khabar Malaysia

Subscribe to receive free email updates: