Kanak-Kanak Perempuan Berusia 2 Tahun Meninggal Dunia Disyaki Didera Kerana Mengalami Pendarahan Otak Akibat Hentakan Objek Tumpul..

IPOH: Seorang budak perempuan berusia dua tahun dari Kuala Bikam di Bidor maut disyaki akibat didera lapor mStar.
Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, kanak-kanak itu meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi, Rabu ketika dibawa ke Hospital Teluk Intan.

"Hasil bedah siasat mendapati dia meninggal dunia kerana pendarahan otak kerana hentakan objek tumpul.
"Polis menahan ibu kanak-kanak perempuan itu dan teman lelakinya pada Khamis," katanya pada Jumaat.

Beliau berkata, suspek akan direman untuk tempoh seminggu.Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh , yang membawa hukuman mati mandatori, jika bersabit kesalahan.
-Pen Merah Press

First Appear On Online News Malaysia
By Khabar Malaysia

Subscribe to receive free email updates: