Orang Tunggu Je Aku Buat Silap Sikit

19367065_270020913465346_942839857997152

Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan Janna Nick di Instagram pasti tahu beliau sering membuat review filem-filem yang ditayangkan di panggung wayang. Terbaru Janna ada memberikan komen mengenai filem Dunkirk arahan Christopher Nolan yang baru sahaja ditayangkan.

BACA: Jannah Nick Takkan Bercinta Dengan Fattah Amin

Ai tengok cerita Dunkirk dah nak habis dah. Ai tengok cuba digest sampai Ai rasa Ai macam kebodohan teruk. Lepas tu Ai decide untuk tidur Ai bangun tidur sambung tengok lagi tapi masih buntu. So Ai tak mahu bagi bintang dekat cerita ini. Kalau boleh elakkan tengok, tulisnya di Instagram.

Rata-rata ramai yang memuji filem ini, apalagi diarahkan oleh pengarah yang tidak asing lagi di Hollywood. Jadi kritikan pedas Janna telah mengundang kecaman peminat filem ini. Kata mereka, lebih baik Janna tengok sahaja drama Melayu yang lebih sesuai dengan pemikirannya.

Sementara itu, menyedari dirinya dikecam teruk, Janna sempat memuat naik kenyataan di Twitter memohon maaf terhadap komen pedasnya itu. Apa yang pasti, masing-masing mempunyai citarasa yang berbeza, mungkin itu adalah pendapat jujur beliau cuma tidak kena dengan tempatnya saja. (rtky/w)

  • SUMBER
  • oh bulan

Sumber: Rotikaya


First Appear On Online News Malaysia
By Khabar Malaysia

Subscribe to receive free email updates: