Pakai Tudung Labuh Tapi Tunjuk Penumbuk

rtky_logo.png

Jika anda sedang membaca apa yang kami kongsikan ini, ketahuilah bahawa video yang dikongsikan Uqasha Senrose mengenai situasi dirinya berdepan dengan wanita bertudung labuh telah pun dipadam.

BACA: Saya Tiada Hubungan Dengan Duda Ternama Itu

Dalam perkongsian video pendek tersebut, Uqasha menyatakan bahawa dia dalam perjalanan untuk balik ke kampungnya di Kelantan dan dalam perjalanan tersebut, Uqasha telah berhenti di sebuah stesen minyak.

Dah habis Sha isi minyak, Sha slow slow nak keluar and theres one car pancung depan Sha mengejut dan Sha brek mengejut. Bila kita brek mengejut, kita tengoklah kereta kat depan tu. So perempuan tu pakai tudung labuh, tunjuk penumbuk nak ajal gaduh

So Scha ni dengan niat yang baik turun kereta nak mintak maaf. Bila kita nak mintak maaf tu, dia ingat kita nak attack dia. So dia cepat cepat keluar handphone, kononnya nak viralkanlah, kononnya kita nak attack attack dia, jelasnya dalam video tersebut.

Tambahnya dalam video itu lagi, Uqasha turut memohon agar wanita di luar sana saling hormat menghormati dan tidak tunjuk gangster sangat. Setakat ini belum ada lagi cerita dari pihak wanita di sebelah pihak lagi. Namun semoga perkara ini dapat jadi iktibar kepada semua. (rtky/s)

Sumber: Rotikaya


First Appear On Online News Malaysia
By Khabar Malaysia

Subscribe to receive free email updates: